fbpx
April 22, 2020

Dibenarkan Pulang Ke Rumah Daripada Kampung.

PUTRAJAYA : Orang ramai yang berada di kampung dan berhasrat untuk pulang ke ibu kota boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, mereka yang tiada kemudahan Internet boleh mendaftar diri di balai polis yang berdekatan dengan syarat membuat temu janji terlebih dahulu dengan pihak balai polis berkenaan.Buat masa ini, kerajaan tidak memberi sebarang jaminan (mengenai) pergerakan memandangkan kita menunggu laporan (daripada pendaftaran) yang akan bermula 25 April ini.

Kita akan kaji dahulu buruk dan baiknya dan lebih penting kita kena dapatkan nasihat KKM,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

Sunber: Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: