fbpx
April 23, 2020

Tidak boleh balik kampung sambut Ramadan

Permandangan udara semasa anggota Polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat pemeriksaaan dan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan Wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Pemastautin tidak dibenarkan meninggalkan tempat tinggal mereka untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan.

Tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran hanya diberikan kepada mereka yang mahu pulang ke rumah masing-masing selepas terperangkap selama lebih sebulan di kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka perlu mendaftar dengan polis sama ada melalui aplikasi Gerak Malaysia atau membuat temu janji di balaivpolis berdekata mulai 25 April ini.

“Ini pun masih belum ada keputusan muktamad yang dibuat.

“Selepas dapat maklumat, kami akan serahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, polis dan Majlis Keselamatan Negara untuk berbincang.

“Jika mereka membenarkan (pergerakan pulang ke tempat bermastautin), baru kita fikir mengenai SOP supaya tidak berlaku pergerakan beramai-ramai serentak,” katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan kerajaan mendengar rintihan orang ramai yang terperangkap di kampung untuk pulang semula ke tempat bermastautin.

Source from:-
https://malaysiagazette.com/2020/04/23/tidak-boleh-balik-kampung-sambut-ramadan/

Leave a Reply

%d bloggers like this: