fbpx
May 16, 2020

Karnival kerjaya secara maya dapat sambutan menggalakkan

KUALA LUMPUR: Seramai 16 individu ditawarkan pekerjaan, manakala 220 lagi bakal menghadiri temu duga kedua menerusi Karnival Kerjaya Maya Belia 2020.

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menjalankan proses temu duga secara dalam talian selama dua hari bermula kelmarin.

Mohd Sahar berkata, penganjuran karnival itu menunjukkan bahawa PERKESO terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai Penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Negara sepanjang negara berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, penganjuran karnival itu juga adalah sebahagian daripada usaha membantu pencari kerja, khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan.

“SIP PERKESO memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak ekonomi terhadap majikan dan pekerja ekoran krisis COVID-19, melalui Program Pengekalan Pekerjaan dan Program Subsidi Upah.

“Usaha sebegini turut diamalkan oleh negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Denmark di mana langkah rangsangan ekonomi mereka bersandar kepada SIP,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689622/karnival-kerjaya-secara-maya-dapat-sambutan-menggalakkan

Leave a Reply

%d bloggers like this: