fbpx
May 20, 2020

Covid-19: Bayi berusia 22 bulan meninggal dunia

MANADO – Seorang bayi lelaki berusia 22 bulan meninggal dunia di Indonesia selepas dilaporkan positif koronavirus (Covid-19) awal bulan ini.

Menurut laporan The Jakarta Post, bayi itu difahamkan mula menerima rawatan awal di sebuah wad isolasi di Hospital Kandou, dekat sini.

Jelasnya, pegawai perubatan telah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan bayi itu, namun penyakit dialaminya menjejaskan lagi tahap kesihatan.

Menteri Kesihatan, Achmad Yurianto, bagaimanapun, belum dapat mengesahkan kematian bayi terbabit sebagai pesakit termuda yang terkorban akibat Covid-19.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari Pulau Madura, Jawa Timur disahkan sebagai kematian melibatkan pesakit paling muda dilaporkan di negara itu pada 20 Mac lalu.

Untuk rekod, Sulawesi Utara setakat ini mengesahkan 116 kes jangkitan dengan tujuh kematian akibat Covid-19.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/84424/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Bayi-berusia-22-bulan-meninggal-dunia

Leave a Reply

%d bloggers like this: