Muhyiddin Dikuarantin Selepas Pegawai Positif Covid-19

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin mula menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari petang ini, selepas seorang pegawai yang menghadiri satu mesyuarat dipengerusikan perdana menteri semalam disahkan positif Covid-19.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin sudah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.
“Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), perdana menteri perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
“Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.”