fbpx
July 17, 2020

COVID-19: Kes kematian global melebihi angka 588,000

Angka kematian global meningkat lebih 8,000 dalam tempoh 24 jam. - REUTERS/Gambar fail

JUMLAH kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini pada angka 588,149 kes.

Statistik terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, angka kematian global meningkat lebih 8,000 dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 138,185 kes, manakala Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 76,688 dan 45,204 kematian.

Mexico, Itali dan Perancis pula merekodkan angka kematian 36,906, 35,017 dan 30,141 kes.

Sepanyol dan India masing-masing merekodkan 28,416 dan 24,915 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 14,000.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-kes-kematian-global-melebihi-angka-588-000-251615

Leave a Reply

%d bloggers like this: